GURU HARMONI TEKNOLOGI

If we teach today as we taught yesterday, we rob our children of tomorrow

John Dewey

Setiap masa, pendidikan dan corak pendidikan di Malaysia berubah. Guru di Malaysia juga sedang menerima impak yang besar kerana polisi yang kita tahu sebelum ini sudah lagi tidak releven.

Sudah tiba masanya kita berubah dalam keupayaan kita sendiri.

Masa hadapan juga mencatat seribu satu kemungkinan dan kenyataan yang mungkin sukar diterima oleh semua pihak. Hakikatnya adalah generasi masa hadapan adalah generasi berteknologi dan teknologi adalah sebahagian daripada hidup mereka, bukan lagi pilihan seperti generasi sebelum ini.

Pengenalan teknologi dalam sistem pendidikan kini juga menjadi polemik semua. Pelbagai pihak menyatakan pendapat dan pendirian mereka, namun semuanya balik kepada perkara asas di mana pendidikan adalah untuk membina generasi masa depan. Generasi masa hadapan adalah generasi yang berharmoni dengan teknologi.

Guru adalah barisan hadapan dalam membentuk generasi ini. Guru adalah barisan pertama sekali yang perlu harmoni dengan teknologi dalam membentuk kemahiran mendidik generasi yang berharmoni dengan teknologi. Oleh itu, gurulah yang pertama sekali berharmoni dengan teknologi.

Ingin belajar teknologi pendidikan, boleh la sertai kami semua dalam kumpulan Telegram Digital Classroom Malaysia. Klik pautan ini