KERTAS KERJA WIRELESS CLASSROOM 1

BIODATA SEKOLAH

Tahun Pelaksanaan

2020

Sekolah

Bilangan Pelajar

1890 orang

Bilangan Kelas setiap tahun

8 kelas

PERNYATAAN MASALAH

Teknologi tanpa wayar semakin berkembang. Telefon pintar semakin lama semakin mampu menampung perkembangan teknologi tanpa awayar ini sehingga menjadikan telefon pintar semakin berguna dalam kehidupan seharian manusia kini. Potensi teknologi tanpa wayar  ini boleh dikembangkan dan digabungjalin dalam Pendidikan kini.

Ini kerana semua guru di Malaysia :

  1. Mempunyai telefon pintar yang pelbagai namun semuanya menyokong teknologi tanpa awayar
  2. Dibekalkan telefon pintar oleh kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Semakin terasa kesuntukan masa untuk membahagikan masa dalam membuat pelbagai ABM dan perancangan untuk pembelajaran dan pemudahcara di dalam kelas setiap hari
  4. Kos bahan dan sumber pembelajaran seperti kertas, pensil warma, marker dan lain-lain peralatan penting semakin meningkat
  5. Keperluan untuk menghasilkan satu pembelajaran dan aktiviti pemudahcara yang memerlukan pelbagai jenis bahan dan sumber
  6. Pentadbir dan sekolah mempunyai pelbagai kekangan dalam menaiktaraf infrastruktur fizikal bagi mengikut arus pendidikan terkini.

PENYELESAIAN MASALAH

Pihak sekolah mempunyai pelbagai jenis bilik dan ruang, namun semuanya sama dari segi kebergantungan dengan sumber dan ruang fizikal yang terhad. Ini menyebakbkan pelabagi masalah dan tekanan kepada guru.

Dicadangkan untuk diwujudkan satu  kelas tanpa wayar ( wireless classroom ). Ini adalah satu kelas digital yang mengaplikasikan teknologi tanpa wayar dalam menaiktaraf kelas fizikal yang ada. Dengan adanya teknologi ini menjadikan kelas tersebut tidak dibatasi oleh dinding, capaian maklumat yang tidak terhad dan ruang digital yang tiada sempadan.  

APAKAH WIRELESS CLASSROOM

PENERANGAN WIRELESS CLASSROOM

Wireless Classroom adalah satu rangka kerja digital yang

  1. Mengintergrasikan penggunaan gadget dalam kelas dan juga aktiviti pembelajaran dan pemudahcara
  2. Segala bahan, sumber dan latihan sebahagian besar adalah dalm bentuk digital
  3. Penggunaan teknologi dipotimumkan dengan penentuan masa, ruang dan kebebasan guru dalam menentukan sendiri jumlah masa penggunaan teknologi dalan PdPc dia.
  4. Menggunakan secara berkesan telefon pintar yag guru ada dan juga telefon pintar yang dibekalkan oleh KPM
  5. Mempunyai prosedur yang jelas tentang cara, masa, Teknik dan juga tujuan penggunaan gadget dalam kelas

KELEBIHAN WIRELESS CLASSROOM

  1. Mengurangkan masa untuk kerja berulang
  2. Pembelajaran aktif di kalangan pelajar mengikut perancangan guru
  3. Memudahkan pengurusan hasil kerja kumpulan
  4. Merekod pembelajaran dan pemudahcara dan juga hasil kerja sebagai portfolio
  5. Penggunaaan telefon pintar adalah sebahagian daripada kelas biasa membolehkan penerimaan pelajar dan guru yang lebIh baik

PROSEDUR PELAKSANAAN

  1. Persediaan sebelum kelas
  2. Set Induksi dan pengenalan kepada tajuk
  3. Mereka, membuat dan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcara
  4. Pelaksanaan kelas abad 21
  5. Persembahan dan juag pembentangan
  6. Ulangkaji, berkongsi hasil kerja dan pendapat
  7. Pemberian markah dan penilaian

TUJUAN PENGGUNAAN GADGET

Tujuan projek ini adalah untuk menwujudkan persekitaran yang kondusif antara pelajar dan murid dengan menggunakan teknologi. Teknologi hanyalah sebagai alat, bukan tujuan projek. Persekitaran yang ingin diwujudkan adalah persekitaran yang meberi peluang lepada pelajar untuk mempunyai pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Dari sudut pandangan soerang guru pula, dengan menggunakan kaedah traditional, guru mengahdapi masalah dalam memberikan tahap penguasaan yang jelas.  Dengan penggunaan gadget dan teknologi, segala maklum blalas, analisis dan juga hasil kerja pelajar boleh diukur dengan tahap yang lebih jelas, samaada untuk pelajar ataupun pelajar itu sendiri.