Close

March 23, 2019

Mirror Android Iphone Ipad Tutorial

Biasakah anda mendengar tentang mirror android iphone ipad ?

Ayah : Ayah masih lagi simpan video masa pergi hari Keluarga hari tu. Tapi, ayah nak semua orang tengok, sedangkan skrin telefon ayah kecil.

Anak : Boleh ayah. Mari saya buatkan video tersebut boleh mirror ke television rumah kita.

CIkgu Ana : Cikgu, saya ada dapat satu koleksi soalan yang sesuai untuk pelajar kelas saya. Nanti lepas fotostat, baru boleh saya bagi pada pelajar untuk buat.

Cikgu Lie : La, tak payah cikgu. Mirror sahaja koleksi soalan tersebut daripada telefon cikgu dengan guna projektor. Tak perlu fotostat

MIrror adalah satu fungsi yang sedia ada dalam telefon pintar kini. Fungsi mirror adalah memaparkan skrin telefon pintar anda kepada paparan lain. Mirror sangat berguna dalam pelbagai situasi.

Mirror android ipad iphone turut boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa langkah sahaja.

PERALATAN SELAIN DARIPADA TELEFON PINTAR

Perlukan Wifi Display Adapter. Boleh baca di sini

LANGKAH UNTUK MIRROR

Langkah 1 : Kenalpasti jenama dan nama mirror bagi telefon anda

Setiap jenama dan model telefon mempunyai nama masing – masing bagi fungsi Mirror ni

Berikut adalah senarai nama lain untuk fungsi mirror

a) cast screen

b) wifi display

c) smart display

e) wireless display

f) mirror screen

g) wifi direct

h) screen mirroring

Langkah 2 : Menyambungkan WIFI DISPLAY ADAPTER kepada projektor / TV

a) Pastikan ada port HDMI di projektor / TV

b) Cucuk WIFI DISPLAY ADAPTER pada port HDMI projektor / TV

d) Sambungkan USB pada WIFI DISPLAY ADAPTER pada USB port projektor / TV. Jika tiada , boleh guna POWER BANK

Langkah 3 : Aktifkan fungsi miror pada telefon pintar anda

a) SETTING – MORE CONNECTION – MIRROR ( ikut senarai di atas ) – KLIK NAMA WIFI DISPLAY

atau

b) SETTING – DISPLAY – KLIK NAMA WIFI DISPLAY – CONNECT

Jika berjaya, paparan pada skrin telefon pintar anda akan keluar pada paparan projektor / TV

Selamat mencuba

SENARAI PERANTI BOLEH MIRROR ANDROID IPAD IPHONE


Senarai devices dan model smartphone yang support devices tersebut.
(Anda hanya perlu pilih yang berkenaan / Smarphone yang anda guna sahaja)

ScreenBeam Mini2 / Microsoft Display Adapter

1) Samsung Galaxy Note 2, 3, 4, 5
2) Jenama Apple tak support
3) Yes Altitude
4) Zenfone 4.5
5) Windows 8.1 guna cpu intel i3 dan i series ke atas.
6) Samsung tab A
7) Samsung galaxy S7 / S7 edge
8) Huawei Mate 8

EZCast

1) Samsung Galaxy Note 2, 4, 5
2) Lenovo 880
3) Hp Yes
4) Samsung Galaxy S4
5) Ipad
6) Ipad mini
7) All windows 7, 8 and 10 laptop
8) Samsung Tab A

MiraScreen

1) Samsung Galaxy Note 2
2) Infinix zero
3) Oppo F1 Plus
4) Hp Yess Altitude
5) Samsung Edge S7
6) iphone5
7) ipad mini
8) Macbook Pro
9)samsung note3

AnyCast

1) Samsung Galaxy Note 3, 4, 5
2) ipad2 lama
3) Zte Axon7
4) Oppo F1 Plus
5) Oppo F1 Selfie
6) HTC Desire 826
7) Yes Altitude
8) Samsung Tab A
9) VIVO Y37

Google ChromeCast

1) Samsung Galaxy Note 2, 3, 4, 5
2) Yes Altitude
3) Samsung A7
4) Sony C3, Z3,Z5
5) All windows 8.1 and 10 laptop
6) Samsung Tab A, Note 10.1

MIRROR UNTUK IPHONE IPAD

Apple TV

1) Iphone
2) Ipad
3) Macbook
4) Semua laptop windows
5) Smartphone kebanyakan (guna mirroring360 – berbayar)

V-LINKER

1) Iphone
2) Ipad
3) Yes altitude
4) Macbook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *