Close

August 4, 2019

Pelajar Osem Belajar Dengan Seronok

Belajar dengan seronok

Pelajar Osem belajar dengan seronok adalah matlamat utama Osem. Gaya pembelajaran kini sudah banyak variasinya kesan letusan teknologi terkini.

Untuk generasi kini, telefon pintar adalah sebahagian kehidupan seharian mereka. Banyak cerita kita dengar tentang cubaan menghalang atau mengehadkan telefon pintar dalam hidup mereka, namun biasanya kurang berjaya.

Gabung keseronokan dan pembelajaran

Osem mengambil langkah bijak dengan menggabungkan keinginan pelajar dengan keperluan pembelajaran dalam satu gadget. Bukan lagi gadget untuk keseronokan dan buku untuk belajar, tapi satu aplikasi Osem yang ada keseronokan dan pembelajaran. Pelajar Osem belajar dengan seronok boleh menghasilkan keputusan yang jauh lebih baik.

Belajar juga boleh dibuat di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Tiada lagi had, yang ada adalah keinginan untuk belajar dengan seronok tapi tetap berjaya dalam pelajaran.

Pembelajaran ikut perkembangan

Pembelajaran dengan Osem adalah mengikut perkembangan pelajar tu sendiri. Setiap pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang tersendiri. Osem menyediakan pelbagai bentuk soalan dan pelbagai aras membolehkan pelajar memilih sendiri tahap pembelajaran mengikut keperluan masing – masing.

Soalan dari guru

Soalan yang dibina adalah daripada guru di sekolah. Ini menjamin kesahihan soalan mengikut silibus terkini. Kualiti soalan juga terjamin. Pengalaman berhadapan dengan pelajar dan merungkai permasalahan utama pembelajaran turut menjadikan soalan yang dibina guru mampu membantu semua pelajar Osem.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *