Close

March 16, 2019

Review Stylus Android Iphone Laptop Touch Screen

stylus, stylus android, stylus iphone, stylu laptop, stylus touch screen

Anak : Ayah, nak menulis atas skrin telefon ayah boleh ?
Ayah : Tulis dengan tangan tak cantik la dik. Kena guna stylus. Ada ke stylus yang sesuai untuk telefon Android ayah, Iphone mama dan laptop touch screen abang ?

Guru : Sila hantar jawapan anda kepada saya melalui email. Pastikan ia menunjukkan jalan penyelesaian yang jelas.
Pelajar : Susah juga kalau nak menaip semua simbol dan juga jalan penyelesaian ini. Kalau boleh saya lagi cepat menulis daripada menaip

Emak: Amir, tolong ambil telefon emak dan tulis bahan yang mahu dibeli dalam Memo
Amir : Tangan saya kotor. Nanti kotor dan calar skrin telefon emak

Adakah biasa dengan dialog di atas ?

Untuk mendapatkan tulisan yang lebih cantik dan baik apabila menulis di atas skrin, gunakan stylus. 

Stylus adalah peranti mempunyai bentuk seperti pen. Fungsinya seperti pen untuk menulis dan melakar di atas skrin, cuma tanpa dakwat. Ia sesuai digunakan untuk laptop yang mempunyai skrin sesentoh ( laptop touch screen), Android dan Iphone/ Ipad. 

Terdapat 5 jenis stylus.

Stylus D.I.Y ( Android, Iphone)

Bahan yang diperlukan adalah : 

a) Sebatang pen

b) Selotape

c) Kapas

Caranya :

  1. Gumpal kapas mengikut saiz hujung pen
  2. Gunakan selotape untuk menampal gumpalan kapas pada pen
  3. Basahkan sedikit gumpalan kapas tersebut dan sedia digunakan

 

Kelebihan

  • Mudah dibuat dalam beberapa minit
  • Menggunakan bahan biasa yang ad di sekeliling kita

Kelemahan

  • Tidak responsif seprti yang dikehendaki
  • Gumpalan kapas mudah tertanggal
  • Perlu membasahkan kapas, boleh mnyebabkan masalah pada skrin untuk jangka masa panjang

Stylus Round Tip ( Android, Iphone, Laptop Touch Screen )

Stylus yang menggunakan getah lembut sebagai mata stylus. Getah lembut tersebut berfungsi sebagai

  • pengganti hujung jari untuk berinteraksi pada skrin
  • mempunyai tekstur yang lembut untuk mengelakkan calar pada skrin

Kelebihan

  • Murah
  • Ringan dan senang dibawa
  • Tahan lasak 
  • Boleh select, drag dan juga drag-and-drop item pada skrin

Kelemahan

  • Tidak responsif seprti yang dikehendaki
  • Getah lembut mudah tertanggal
  • Tidak boleh digunakan untuk menulis dan melakar secara terperinci

Stylus FIne Tip ( Android, alternatif untuk Apple Pencil )

Terdapat  hujung mata halus sebagai mata stylus.

Mempunyai suction cup untuk memegang sekeping getah nipis untuk melindungi mata halus daripada mencalarkan skrin

 

Kelebihan

  • Sangat responsif
  • Saiznya kecil dan boleh muat dalam poket/ bag tangan
  • Dibekalkan penutup untuk melindungi mata halus daripada rosak
  • Sesuai untuk klik pilih ( select ) , seret dan letak ( drag and drop ) dan gerakkan item pada skrin
  • Sesuai dijadikan mouse untuk telefon pintar 
  • Alat berguna dalam membuat  lakaran dan melukis dengan baik pada skrin 

Kelemahan

  • Agak berat sedikit berbanding stylus round tip
  • Getah lembut mudah tertanggal jika tidak dijaga dengan baik
  •  lebih mahalL

Stylus 2 dalam 1 ( Android, Iphone, Laptop Touch Screen)

Mempunyai dua – dua jenis mata stylus iaitu mata round tip dan juga fine tip. Oleh itu, setiap jenis mata stylus boleh idgunakan untuk pelbagai obejektif dan keperluan.

Biasanya jenis mata round tip akan berada di tudung

Fine tip berada di dalam dan dilindungi dengan tudung pen jenis skru.

Kelebihan

  • Sangat responsif
  • Ringan dan senang dibawa
  • Berfungsi sama seperti menggunakan jari. 
  • Pengganti mouse bagi skrin sesentuh
  • Sesuai untuk lakaran dan melukis dengan baik pada skrin 

Kelemahan

  • Agak berat sedikit berbanding stylus round tip
  • Getah lembut mudah tertanggal jika tidak dijaga dengan baik
  •  Agak mahal 

Stylus Pro ( bergantung kepada kesesuaian dan jenis model peranti )

Stylus Pro adalah stylus khas jenis capasitive stylus. 

Capasitive stylus ini biasanya :

a) mengikut model khas

b) menggunakan bateri 

c) menggunakan haba tubuh dan sekeliling

Jenama yang biasa adalah jenama Wacom dan Adonit jika di Malaysia.  Selain itu adalah Samsung yang mengeluarkan telefon pintar yang didatangkan bersama dengan stylus khas. 

Kelebihan

  • Sangat responsif dan detail hasilnya
  • Rekaan yang cantik dan nampak ekslusif 
  • Mempunyai dua jenis mata untuk pelbagai tujuan, samaada untuk stylus biasa ataupun stylus melukis
  • Berfungsi dalam melaksanakan  klik pilih ( select ) , seret dan letak ( drag and drop ) dan gerakkan item pada skrin
  • Boleh dijadikan aksesori tambahan yang bergaya untuk telefon pintar terutama yang mahal
  • Lakaran dan lukisan yang detail dan baik pada skrin 

Kelemahan

  • Agak berat kerana ada bateri di dalamnya
  •  Mahal 

One Comment on “Review Stylus Android Iphone Laptop Touch Screen

[…] Review Stylus Android Iphone Laptop Touch Screen […]

Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *