Close

July 2, 2019

Tutorial Mirror dengan Screenbeam

Di mana saya boleh dapatkan Tutorial Screenbeam ? Apa tu Screenbeam ? Apakah Screenbeam untuk miror skrin gadget / laptop pada projektor atau skrin ?

Screenbeam adalah satu peranti khas untuk menggunakan teknik “mirroring “. Berikut adalah mirror tutorial Screenbeam.

Mirrorring adalah satu teknik memaparkan skrin gadget/ laptop kepada projektor atau TV. Menarik kan ?

tutorial screenbeam
Screenbeam Mini 2

Screenbeam adalah pilihan terbaik untuk miror skrin gadget / laptop pada projektor atau skrin. Kelebihannya daripada segi saiz, peralatan yang didapat bersama dan juga kestabilan penayangan secara wireless tidak diragui lagi. Ia juga sesuai dengan semua jenis laptop Window 10 dan juga gadget. Tutorial Mirror dengan Screenbeam akan membuktikan betapa mudahnya menggunakan Screenbeam.

Saiz Screembeam

Saiz Screenbeam adalah sebesar pendrive sahaja. Mudah dibawa ke mana- mana.

Peralatan Sokongan dalam Kotak Screenbeam

Peralatan sokongan yang diperlukan juga hanyalah sebanyak 2 alat sahaja. Peralatan tersebut adalah

a) HDMI Extender. Salah satu port alat ini disambungkan kepada port HDMI pada projektor atau Tv. Satu port lagi dicucuk Screenbeam. Ini berguna untuk ruang port HDMI yang sempit pada projektor / TV.

HDMI extender

b) Kabel Kuasa. Kabel kuasa ini menggunakan port mini yang biasa pada telefon pintar. Untuk membekalkan kuasa pada Screenbeam, cucuk pada slot port mini yang ada pada bahagian tepi Screenbeam.

Kabel kuasa Screenbeam

Tutorial Mirror dengan Screenbeam dalam 3 langkah

Tutorial Screenbeam melibatkan 3 langkah mudah iaitu :

a) Pasangkan kabel kuasa dan sambungkan pada USB

b) sambungkan Screenbeam dengan gadget ataupun laptop anda

c) Tayangkan apa yang ada pada skrin gadget ataupun laptop anda

Waranti Screenbeam

Waranti Screenbeam adalah selama setahun. Namun, setakat ini waranti Screenbeam perlu dituntut di kedai ataupun ejen penjual. Ini kerana tiada service center khusus untuk Screenbeam.

Aplikasi untuk Mengemaskini Screenbeam

Dalam Microsoft Store dan Google store, terdapat satu aplikasi khas untuk mengemaskini firmware Screenbeam. Firmware adlah sistem operasi untuk Screenbeam dan memastikan Screenbema berfungsi dengan baik.

Firmware sentiasa perlu dikemaskini dan diperiksa untuk memastikan sambungan yang dibuat lancar dan mudah.

Sila pilih aplikasi mengikut sistem operasi gadget masing – masing

2 Comments on “Tutorial Mirror dengan Screenbeam

osemapp
July 30, 2019 at 10:58 am

berapa harga alat ni tuan?

Reply
cikgukamil.com-admin
July 30, 2019 at 1:25 pm

Harga screenbeam adalah RM229.

Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *