Close

July 30, 2019

Tutorial Window Ink Workspace

Tutorial Window Ink Workspace adalah untuk sesiapa yang ingin mencuba menggunakan aplikasi ini. Ianya mudah digunakan.

Window Ink Workspace adalah fungsi terbaharu dalam window 10. Fungsi Window Ink adalah untuk pengguna menggunakan jari,stylus dan pen khas untuk menulis dan melakar pada skrin.

Aplikasi ini percuma dalam Window 10 dan biasanya dimatikan ( turn off ) untuk kegunaan biasa

Aplikasi dengan Window Ink Workspace

  • Sticky Note
  • Sketchpad
  • Screen Sketch
  • Recently used apps

Bagaimana mengaktifkan Window Ink

  1. Buka setting
  2. Klik pada Device
  3. Pilih Pen& Window Ink
  4. Klik pada Learn about Window Ink ( Gambar 1 )
  5. Pilih Open window Ink Workspace ( Gambar 2 )

Membuka Window Ink dengan Ikon

Jika window 10 anda sudah dikemaskini kepada yang terkini, terdapat ikon Window Ink Workspace di bahagian sebelah kiri. Klik sahaja ikon itu untuk mengaktifkan Window Ink Workspace

Bagaimana mematikan tanda cursor semasa menggunakan pen

Cursor yang ada semasa kita menggunakan pen dalam aplikasi Window 10 agak menyemakkan pandangan. Untuk mematikan cursor semasa penggunaan pen stylus adalah :

  1. Buka Setting
  2. Klik Device
  3. Klik pada Pen& Window Ink
  4. Matikan ( turn off ) Show cursor

Peralatan Untuk Window Ink Workspace

Peralatan yang diperlukan untuk Window Ink adalah tetikus ataupun pen stylus.

Apakah yang boleh dibuat dengan Window Ink?

Anda boleh

a) melakar atau menulis pada skrin

b) melukis dan membuat lakaran pada nota pada Sticky Note

c) mengambil gambar( screen shot ) paparan skrin dan menulis pada paparan tersebut

d) menulis memo ringkas dan nota pendek dengan menggunakan Sticky Note

e) mengukur dan membuat garisan lurus dengan menggunakan pembaris digital

Tutorial Window Ink Workspace ini diharap membantu anda yang ingin mencuba fungsi workspace ini. Sangat mudah digunakan dan boleh digunakan dengan laptop ataupun desktop yang ada Window 10. Tutorial rasmi boleh didapati di sini

Selamat mencuba kerana semua penerokaan digital bermula dengan klik yang pertama

cikgu kamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *